Pencinta Kebenaran

Kembali Kepada Fitrah, Kebenaran Dijejaki

Monday, November 24, 2008

#IMEJ BARU

PERBAHARUILAH DIRIMU SETIAP KETIKA.

1.Perbaharuilah iman dengan Lailahaillallah.

2.Perbaharuilah amal dengan Keikhlasan.

3.Perbaharuilah semangat dengan Doa dan munajat.

4.Perbaharuilah Akhlak dengan Pembersihan hati.

Pembaharuan diri suatu yang amat dominan bagi seseorang mukmin yang mempunyai wawasan yang tinggi .Empat perkara yang telah saya senaraikan mesti diperbaharui iaitu iman,amal,semangat dan akhlak kerana demikian merupakan kunci kepada pembentukan Syakhsiyah(peribadi) bagi setiap insan disamping diikuti dengan bertaubat dan beristigfar selalu –selalu memohon keampunan kepada Allah swt- supaya dianugerahi Allah kelembutan dan kesucian hati bersih dari karat dosa dan maksiat. “orang yang paling lembut hati-nya adalah mereka yang selalu bertaubat”.

Firman Allah swt.:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga syurga seluas langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa”.

(Surah Ali ‘Imran:133)

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,(segera) mengingati Allah lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak menereruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”.

(Surah Ali ‘imran:135)

Sabda Rasulullah saw:

“Setiap Bani Adam itu(setiap manusia melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang-orang bersalah itu adalah mereka yang bertaubat”.

Justuru perbaruilah diri dan bertaubatlah!



Saturday, September 20, 2008

#KEMBALI KEPADA KEBENARAN

Dengar dan Hayatilah!


Tuhanku, ampunkanlah segala dosa ku

Tuhanku, maafkanlah kejahilan hamba-mu

Ku sering melanggar larangan-mu

Dalam sedar ataupun tidak

Ku sering meninggalkan suruhan-mu

Walau sedar aku milik-mu


Tuhanku, ampunkanlah segala dosa-ku

Tuhanku, maafkanlah kejahilan hamba-mu

Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar

Pagi ku ingat petang ku alpa

Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba cinta-mu

Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari-mu


Ku sering berjanji di depan-mu

Sering jua memungkiri

Ku pernah menangis kerana-mu

Kemudian ketawa semula


Bilakah diri ini kan kembali

Kepada fitrah sebenar

Pagi ku ingat petang ku alpa

Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini

Yang mendamba cinta-mu

Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari-mu

Kau pengasih kau penyanyang kau pengampun

Kepada hamba-hamba-mu

Selangkahku kepada-mu seribu langkah kau padaku


Tuhan diri ini tidak layak ke syurga-mu

Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-mu

Ku takut kepada-mu

Ku harap jua pada-mu

Moga ku kan selamat dunia dan akhirat

Seperti rasul dan sahabat


(lagu Damba Cinta-mu:kumpulan nasyid Raihan)



KEMBALI KEPADA KEBENARAN

Firman Allah swt :

“Kebenaran itu adalah dari tuhan-mu....”

Wahai jiwa-jiwa yang mendamba cinta-nya kepada Allah! Dimanakah posisi kita hari ini?samaada di atas kebenaran ataupun sebalik-nya? Bermuhasabahlah! Majoriti manusia dihanyutkan oleh arus semasa yang membawa mereka jauh dari Allah swt menyebabkan mereka leka dengan kenikmatan hidup sehingga terperosok masuk dalam terowong kealpaan yang gelap gelita tanpa secebis cahaya seolah-olah Allah langsung tidak wujud dalam hati dan sanubari mereka, keimanan mereka lenyap. Inilah yang menyebabkan aku bingung malah kerap kali menyayat perasaanku. Kadang kala aku menangis teresak-esak tanpa menemui penyelesaian-nya menyebabkan aku rasa air mataku sia-sia. “Ya Allah, pimpinlah daku dan hamba-hamba-mu yang lain kepada cahaya kebenaran yang bergelumang dengan kegelapan Jahiliyah, kasihanilah kami Ya Allah!”

Tetapi dengan izin Allah swt aku dipilih oleh Allah swt diberi kesedaran untuk kembali Allah swt dengan menjadikan Allah swt sebagai ilah dan rabb malah aku rasa beruntung kerana aku dikumpulkan bersama mereka yang mempunyai hati yang sedar dan insaf melalui perhubungan hati untuk dididik dan ditarbiyah bertujuan untuk mencari keredaan Allah swt semata-mata tanpa tujuan-tujuan lain. Akhirnya Allah fahamkan aku dengan suatu kefahaman yang sukar dikecapi dan diperolehi iaitu kefahaman Islam yang sahih hingga aku rasa mulia dan nikmat dengan-nya malah Allah swt mencampakkan keimanan hingga aku merasai kemanisan-nya. “Manis-nya beriman kepada Allah” Inilah pintu hidayah(petunjuk) yang telah Allah swt buka kepada mereka dipilih oleh Allah swt..

Firman Allah swt:

“Barangsiapa dikehendaki Allah mendapat hidayah(petunjuk), dia akan membukakan dada-nya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-nya(Allah) menjadi sesat, dia akan jadikan dada-nya sesak seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman”.(Al-An’am:125)

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, kebenaran itu adalah dari Allah swt sahaja iaitu Islam merupakan Ad-deen(cara hidup) ciptaan Allah swt serta satu-satu-nya yang diredai dan diterima-nya yang Syumul(lengkap) tanpa terdapat sebarang keciciran,kekurangan,kecacatan pada-nya.

Firman Allah swt :

“Sesungguh-nya deen disisi(diredai) Allah adalah Islam” (Ali Imran:19)

“Dan barangsiapa yang mencari selain dari Islam sebagai deen, maka tidak akan diterima daripada-nya. Dan dia di Akhirat kelak, termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi”. (Ali Imran:85)

“Pada hari ini telah ku sempurnakan bagi-mu deen kamu, dan telah ku cukupkan ke atas mu nikmat-ku, dan telah ku reda Islam sebagai deen”. (Al-Maidah:3)

Islam merupakan deen yang benar tanpa terdapat sebarang keraguan serta penyelewengan dalam-nya kerana Islam adalah deen ciptaan Allah swt dan kebenaran jua adalah milik Allah swt. Firman Allah swt :

“Kebenaran itu adalah dari Tuhan-mu.....”

Islam juga bukan suatu deen yang wujud secara kebetulan dan tiba-tiba tetapi adalah satu natijah(hasil) dari tarbiyah(Pendidikan) bertujuan untuk melahirkan Islam pada pemikiran-nya, aqidah-nya, akhlak-nya, dan jiwa-nya dalam segala perbuatan dan tindakan-nya. Proses pendidikan ini mestilah bersumberkan Al-Quran semata-mata dan As-Sunnah sebagai tafsiran bagi didikan tersebut. Proses ini adalah proses yang kita seharus-nya yakini kerana ia telah dirintis oleh Rasulullah saw dan para sahabat r.a sehingga digelar oleh As-Syahid Syed Qutb sebagai “The walking of Quran” malah menjadi satu generasi yang terbilang yang mampu menerangi dunia dengan kebenaran Islam dan menguasai-nya.

.....Sesungguhnya mereka yang telah menemui kebenaran adalah suatu yang amat nikmat setelah Allah swt keluarkan mereka daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan yang menjelaskan visi dan misi mereka di atas muka bumi ini. Masyaallah! Kehidupan ini akan hambar tanpa iman. Malah kehidupan menjadi sia-sia sekiranya tiada-nya iman. Apabila kita merealisasikan Islam sebagai sistem hidup maka iman merupakan paksi-nya.

Namun, amat berbezalah mereka memperoleh Islam disebabkan nasab keturunan berbanding dengan mereka yang memperoleh-nya dengan susah payah. Majoriti masyarakat Islam pada hari ini berpunca dari warisan nenek moyang mereka tanpa dari kesedaran. Menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak merasai ke’izahan(kemulian) Islam sehinggakan mereka sanggup murtad tanpa rasa apa-apa tetapi sebalik-nya mereka yang memeluk Islam dengan kesedaran dan keyakinan diikuti dengan penuh pengorbanan dan kesabaran maka Allah swt akan campakkan ke dalam jiwa mereka kebahagian, kenikmatan yang sukar dihitung. Allah swt sahaja yang lebih mengetahui. Hal ini terbukti terhadap sahabat-sahabat yang mendapat didikan terus dari Rasulullah saw telah menempuh satu kehidupan yang memeritkan dan begitu sukar. Jalan yang berliku-liku, dipenuhi ranjau dan onak duri serta tak henti-henti menuntut pengorbanan dan kesabaran. Bahkan kita melihat satu penderitaan yang luar biasa dalam mempertahankan dan membangunkan keimanan. Tetapi sekira kita menyelinap masuk ke dalam hati dan sanubari mereka, menerokai jiwa dan perasaan mereka....apa yang kita akan temui ...... KEBAHAGIAN. Barangsiapa yang cenderong kepada kebenaran maka Allah akan tunjuk pada-nya.

Firman Allah swt :

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) kami, kami akan akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami”.(Al-A’nkabut:69)

“Barangsiapa yang cenderong kepada kebenaran nescaya Allah akan tunjuki jalan-jalannya”

“Cahaya hidayah akan menyinari hati-hati yang hendak mencari-nya”


Di sebalik Ujian Hidup

“Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini menyebabkan terungkai-nya keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah swt, maka kita menyedari kelemahan diri dan mula menyedari hakikat kelemahan diri dan merasa perlu-nya kepada bimbingan ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-anak tangga untuk mendekati Allah swt.”

....Inilah adalah salah satu medan pintu hidayah untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah swt.

Kata ibnu Qayyim al-jauziyah :

“Dijadikan kita(manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah swt”.


Kufur Setelah beriman

Sukar hendak aku ungkapkan tetapi kadang kala aku melihat segelintir ummat Islam walaupun beliau mengenal kebenaran ataupun kebatilan tetapi ia lebih cenderong kepada jalan kesesatan dan kemungkaran ataupun Style Hidup yang membawa-nya jauh dari petunjuk Allah swt kerana ingin memuaskan hawa nafsu-nya semata-mata malah merasa bongkak di depan ilahi dan makhluk-nya. Nescaya merekalah manusia yang paling takbur tanpa menyedari kelemahan diri sepertimana Fir’un,Abu Jahal, dan lain-lain yang dilaknat oleh Allah swt. Barangsiapa bersikap sedemikian rupa maka Allah swt akan palingkan-nya dari kebenaran dan hidayah Allah seakan-akan Allah mencabut-nya dengan penuh kekerasan. Maka kehidupan-nya akan gelap penuh pekat,penuh hambar serta kegelisahan tanpa keimanan. Adakah kamu semua nak hidup ini gersang tanpa keimanan dan hidayah ilahi!?Persoalan ini mesti kita sama-sama jawab pada diri masing-masing dan membuat pilihan. Firman Allah swt dalam Al-Quran karim :

“Allah telah menutup hati, pendengaran, penglihatan mereka serapat-rapat-nya. Dan mereka akan mendapat azab yang besar”.(Al-Baqarah:7)


Pesanan Dari Kalbu

...Mohonlah keampunan dari Allah swt atas kealpaan kita selama ini selaku manusia yang penuh kelemahan mudah-mudahan kita mendapat pimpinan dari-nya kearah kebenaran dan hidayah-nya kerana Allah itu maha pengampun dan pengasih terhadap hamba-hamba-nya. Disamping kembali kepada Islam sebagai Manhaj Al-Hayah(sistem hidup) seluruh-nya.

“Selangkah kita mendekati Allah nescaya seribu langkah dia mendekati kita”

Bersambung......