Pencinta Kebenaran

Kembali Kepada Fitrah, Kebenaran Dijejaki

Monday, November 24, 2008

#IMEJ BARU

PERBAHARUILAH DIRIMU SETIAP KETIKA.

1.Perbaharuilah iman dengan Lailahaillallah.

2.Perbaharuilah amal dengan Keikhlasan.

3.Perbaharuilah semangat dengan Doa dan munajat.

4.Perbaharuilah Akhlak dengan Pembersihan hati.

Pembaharuan diri suatu yang amat dominan bagi seseorang mukmin yang mempunyai wawasan yang tinggi .Empat perkara yang telah saya senaraikan mesti diperbaharui iaitu iman,amal,semangat dan akhlak kerana demikian merupakan kunci kepada pembentukan Syakhsiyah(peribadi) bagi setiap insan disamping diikuti dengan bertaubat dan beristigfar selalu –selalu memohon keampunan kepada Allah swt- supaya dianugerahi Allah kelembutan dan kesucian hati bersih dari karat dosa dan maksiat. “orang yang paling lembut hati-nya adalah mereka yang selalu bertaubat”.

Firman Allah swt.:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga syurga seluas langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa”.

(Surah Ali ‘Imran:133)

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,(segera) mengingati Allah lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak menereruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”.

(Surah Ali ‘imran:135)

Sabda Rasulullah saw:

“Setiap Bani Adam itu(setiap manusia melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang-orang bersalah itu adalah mereka yang bertaubat”.

Justuru perbaruilah diri dan bertaubatlah!