Pencinta Kebenaran

Kembali Kepada Fitrah, Kebenaran Dijejaki

Tuesday, March 31, 2009

NIAT YANG BENAR

mmm…saya nak kongsi suatu perkara yang perlu kita jernihkan sentiasa supaya amal dan kehidupan yang kita jalani beroleh keredoaan ilahi yang menjadi neraca ukuran di sisi Allah swt. Apa tu?..NIAT..Kerna ia suatu elemen yang mudah keruh dan sukar jernih kembali. Saya tertarik dengan satu ungkapan hikmah yang cukup bermakna… Daripada Abdullah Bin Mubarak:

“Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar gara-gara niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh gara-gara niat”.

Saya rasa perlu mengupas NIAT. Mengapa? “Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar gara-gara niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh gara-gara niat”.

Niat merupakan suatu elemen yang cukup penting dalam mempraktikkan perhambaan kepada Allah swt. Sesungguhnya amal yang tidak didasari niat yang benar, tidak dibingkai keikhlasan dan jauh dari keredoaan Allah, akan dihina oleh Allah swt.

Seperti kisah tiga insan “penting” yang diseret ke neraka kerana salah niatnya. Padahal mereka adalah tokoh-tokoh penting yang prestasif dalam masyarakat, tetapi mereka diseret ke neraka terbongkar niat busuk yang tersimpan rapi dalam kalbu. Siapakah mereka? Mereka adalah motor penggerak masyarakat yang sangat berperanan dalam merubah kondisi masyarakat. Mereka adalah :

1. Orang alim yang banyak ilmunya.
2. Dermawan yang banyak dermanya.
3. Mujahid yang berjuang di jalan Allah.

Ketiga golongan ini telah diperingatkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya: Yang pertama kali dibakar api neraka adalah tiga golongan iaitu orang alim,mujahid dan dermawan. Adapun orang alim, maka Allah mendatangkan dan menanyainya: “Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?” Dia menjawap: “Aku menuntut ilmu di jalan mu, lalu aku sebarkan ilmu itu kerana mencari keredoanmu.” Maka dikatakan kepadanya: “ Engkau dusta! Sebenarnya engkau mencari ilmu supaya dikatakan orang alim.” Kemudian diperintahkan Malaikat penjaga neraka menyaretnya lalu dihumban dia ke dalam api neraka.

Kemudian didatangkan seorang dermawan, maka beliau disoal: “Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?” Dia menjawab: “Aku mencari harta halal, kemudian aku infaqkan harta itu ke jalan mu.” Maka dikatakan kepadanya: “Engkau dusta! Engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu dermawan.” Lalu diperintahkan Malaikat penjaga neraka menyeretnya, maka dilemparkan dia ke dalam neraka.

Kemudian yang ketiga, “Apa yang engkau perbuat dahulu di dunia?” Dia menjawab: “Aku berperang di jalan Allah sehingga aku mati terbunuh.” Maka dikatakan kepadanya: “Engkau dusta! Engkau berperang supaya digelarkan orang sebagai pemberani.” Maka diperintahkanlah Malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya, maka dilemparkanlah dia ke dalam api neraka.”

(RIWAYAT MUSLIM)


Imam Nawawi telah meletak hadith Niat di awal hadith 40 susunan beliau dengan sebab tertentu bukan tanpa maksud dan tujuan. Malah Firman Allah swt:

“Katakanlah, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama yang menyerah diri(kepada Allah).

Islah(perbaiki) niat kita supaya amal kita diterima oleh Allah malah bermanfaat di Akhirat kelak…wallahua’alam.

No comments: